Saturday 9 July 2011

Sekitar Himpunan PATRIOT di Bukit Bintang



Pemuda Patriot Khairy, Abdul Azeez Ditangkap


Empat pemimpin tertinggi pergerakan Pemuda Umno termasuk Ketuanya, Khairy Jamaluddin ditahan sekitar pukul 2.45 petang kerana berdegil untuk meneruskan perhimpunan Patriot yang bermula di Jalan Bukit Bintang di sini, petang Sabtu.

Tiga yang lain adalah Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdaus Megat Junid; Exco Pemuda Umno, Lokman Adam dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Berlaku pertembungan di antara kumpulan itu dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Tindakan itu menyebabkan pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah penyokong Patriot.

Beberapa penyokong yang mengikuti perarakan tersebut turut ditahan.

Friday 8 July 2011

PATRIOT Berkumpul Di Bukit Bintang Sebelum Ke Stadium

Patriot akan terus memantau apa jua tindak tanduk kumpulan haram Bersih hari ini.

Jam 10.00 pagi, PATRIOT akan berkumpul di hadapan KFC Jalan Bukit Bintang, seterusnya akan bergerak ke Stadium Merdeka.

Kepada penyokong PATRIOT yg masih berada diluar zon Bukit Bintang, diharapkan dapat masuk awal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

Kaedah terbaik ke sini ialah melalui monorail.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan tanahair, ayuh bangkit bersama kami!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pemuda Umno Teruskan Perhimpunan


Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia akan tetap meneruskan perhimpunan mereka pada Sabtu biarpun polis telah memberi amaran akan menahan mereka yang menyertai sebarang perhimpunan di Kuala Lumpur.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Himpunan Patriot akan diadakan di Jalan Bukit Bintang pada pukul 10 pagi.

"Ini adalah hak kita untuk berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kita akan terima apa sahaj tindakan yang akan dikenakan kepada kita," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabat Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada, Jumaat.

Beliau berkata pihaknya akan berarak daripada Jalan Bukit Bintang ke Stadium Merdeka.

"Kita akan cuba mencari jalan untuk berkumpul di Stadium Merdeka. Kita telah lebih awal memohon untuk menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat himpunan kita.

"Petang ini sekali lagi kita akan buat permohonan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk dapatkan permit berkumpul di Stadium Merdeka esok," katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Pemuda Umno telah memohon permit polis pada 24 Jun yang lalu bagaimanapun pihak polis telah menolaknya pada 6 Julai.

Monday 4 July 2011

Sidang Akbar Perhimpunan PATRIOT Menyelamatkan Nagara


PATRIOT menjunjung Titah Khas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dimana apa juga tuntutan demokrasi dalam usaha menyuburkan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada Negara dan tidak terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, PATRIOT akan patuh dan mentaati Titah Khas tersebut dan mendesak kepada penganjur Perhimpunan Haram turut sama mentaatinya.

PATRIOT diwujudkan untuk menzahirkan seramai mungkin majority senyap rakyat Malaysia yang menentang sebarang gerakan yang boleh menjerumuskan Negara dalam keadaan anarki, menjejaskan nama baik Negara, mendatangkan kerugian kepada rakyat dan merosakkan ekonomi Negara.

Kita akan akur dengan Titah Khas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, tetapi kami member amaran sekiranya Ambiga ingkar terhadap Titah ini dan meneruskan Perhimpunan Hara mini, kami tidak akan teragak agak untuk mengumpulkan seramai mungkin PATRIOT bagi berhadapan dengan Ambiga dan konco-konconya yang secara terang-terang tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu dan menderhaka Titah Tuanku.

PATRIOT juga mendesak pihak Polis agar tidak teragak-agak lagi menahan sesiapa sahaja yang ingkar dengan Titah Khas Tuanku ini. Sekiranya pihak Polis gagal bertindak, pihak Tentera juga tidak bertindak, maka jangan salahkan rakyat yang setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bertindak membela tanahair yang tercinta ini.