Thursday 30 June 2011

Najib: Demonstrasi Jalanan Umno Pun Mampu Kerah 3 Juta Ahlinya

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno, jika ia mahu, mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, parti tidak akan berbuat demikian kerana ia bukannya cara yang bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian.

“Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)…kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan… tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab,” katanya.

Perdana menteri menegaskan demikian semasa berucap kepada kira-kira 15,000 hadirin yang menyambut kunjungan beliau di pekan pesisir pantai ini, kira-kira 150km ke selatan Kota Kinabalu hari ini.

Najib berkata kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak mahukan kekerasan kerana menurutnya, “itu bukan cara kita selesaikan masalah di bumi Malaysia ini”.

Menurutnya pilihan raya sentiasa diadakan di Malaysia apabila tiba waktunya dan semua pihak boleh ambil bahagian semasa kempen.

“Kita ada pilihan raya… nak kempen, kempen lah, nak berucap sampai tak larat lagi nak cakap, buatlah, nak bertempek pun, tempeklah,” kata Najib yang sebelum itu berkunjung ke daerah pedalaman Tenom, di barat daya Sabah.

“Mereka kata bersih… belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah,” kata Najib.

Perdana menteri menegaskan Malaysia bukannya seperti negara tertentu di mana pemerintahnya menang 95 peratus undi semasa pilihan raya yang pastinya banyak pihak yang mencurigai keputusan pilihan raya.

“Di Malaysia tidak pernah berlaku seperti itu. Kita menang sebab rakyat support (sokong). Saya tak rela jadi perdana menteri atas penipuan. Saya nak jadi perdana menteri kerana rakyat sukakan kita (BN) dan rakyat percaya dan senang dengan BN,” katanya.

Atas kepercayaan rakyat terhadap BN, kata beliau, kerajaan akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk perjuangkan nasib rakyat.

Najib berkata Malaysia kini berada di ambang transformasi ke arah menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera dengan pelan pembangunan yang jelas dan hanya menunggu masa untuk melaksanakannya.

“Tetapi apakah ini harus dikorbankan semata-mata kerana hawa nafsu sesetengah pihak yang nak kejar jawatan perdana menteri, hendak menguasai Putrajaya?” katanya.

Najib mengingatkan bahawa demonstrasi jalanan seperti dirancang pada 9 Julai boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata, lebih-lebih lagi apabila pihak tertentu membakar emosi dan perasaan orang ramai.

Katanya jika ada pihak yang menjadi “tukang kipas, tukang bakar” emosi semasa perhimpunan haram itu, golongan yang bakal menjadi mangsa adalah juga “rakan kita, keluarga kita”.

Beliau berkata apabila berlaku “psikologi samseng”, orang yang baik akan tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan tidak boleh dikawal sehingga tidak kira harta benda atau nyawa orang lain terancam.

Perdana menteri seterusnya menegaskan pentingnya gagasan 1Malaysia dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia agar ia bukan sekadar menjadi slogan yang menjadi sebutan atau paparan semata-mata, sebaliknya diterjemahkan sehingga menjadi nilai pegangan, sikap dan cara pemikiran rakyat Malaysia.

Katanya, beliau mendapati keharmonian yang wujud di Sabah merupakan contoh terbaik konsep 1Malaysia bagi membolehkan rakyat pelbagai kaum hidup aman damai tanpa sebarang tembok pemisah.

Di majlis itu, perdana menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk membina semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang dan peruntukan RM2.7 juta untuk memperbaiki bumbung Esplanade Sipitang yang sebelum in sering mengalami kerosakan akibat ditiup angin kencang.

Hadir sama ialah ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan beberapa wakil rakyat tempatan parti komponen BN.

- Bernama

Exco Pemuda Umno Buat Laporan Terhadap Saifuddin

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno pada Khamis membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail atas dakwaan memfitnah seorang exco ingin membakar ibu pejabat parti itu.

Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam membuat laporan tersebut di balai polis Tropicana bersebelahan ibu pejabat PKR.

Dalam laporannya, Lokman mendakwa Saifuddin telah memfitnahnya mahu membakar ibu pejabat PKR, Selasa lepas.

Beliau juga mendakwa Saifuddin turut memfitnahnya mahu mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk S. Ambiga sekiranya perhimpunan itu diteruskan pada 9 Julai ini.

Lokman yang memakai kemeja-T berwarna merah tiba di balai polis Troicana pada pukul 12.5o tengah hari. Beliau diiringi kira-kira 30 ahli Umno dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Lokman bersama Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican masuk membuat laporan.

Terdahulu, beberapa ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersorak dan membuat kecoh di hadapan balai polis berkenaan.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan tersebut, Lokman berkata, beliau akan memfailkan saman bernilai RM500,000.99 terhadap Saifuddin.

Jelasnya, saman tersebut adalah kerana setiausaha agung PKR itu telah menyusahkannya.

Lokman turut mencabar Saifuddin supaya menunjukkan pita video yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan mahu membakar bangunan PKR.

Wednesday 29 June 2011

Pembangkang dukung amalan subversif

KUALA LUMPUR 29 Jun - Pihak pembangkang merangkumi Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas serta Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan secara jelas mendukung amalan subversif dan anarki dengan penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini terbukti apabila 79 ahli Parlimen pembangkang tidak pernah mengusulkan pindaan terhadap Akta Pilihan Raya walaupun mereka memenangi kerusi masing-masing sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Walhal katanya, kesemua wakil rakyat pembangkang boleh mengusulkan sebarang ketidakpuasan hati berkenaan sistem pilihan raya negara sewaktu bersidang dalam Dewan Rakyat selama lebih dua tahun dan bukannya melalui perhimpunan haram di jalanan.

"Siapa pula Ambiga? Kenapa dia sibuk nak mengadakan perhimpunan haram kononnya untuk membersihkan proses pilihan raya kita sedangkan dia mempunyai banyak ruang untuk mengadakan forum seumpama itu sewaktu menjadi Presiden Majlis Peguam.

"Kalau kita perhatikan betul-betul, Ambiga sewaktu mengetuai Majlis Peguam hanya berminat untuk mengadakan forum bagi mempersoalkan kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan kini baru sibuk tentang pilihan raya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini ketika dihubungi di sini hari ini.

Ramai pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan DAP bertindak sebagai ahli jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) yang diketuai Ambiga.

Reezal Merican menambah, sokongan pembangkang terhadap pergerakan subversif yang menuju kepada anarki terbukti dengan penangkapan 31 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj di Pulau Pinang Sabtu lalu yang disyaki cuba menghidupkan komunisme.

"Jeyakumar adalah wakil rakyat PSM yang bertanding di bawah tiket PKR pada pilihan raya umum lalu, jadi perkaitan antara komunisme, PSM, PKR serta Ambiga adalah amat jelas di sini dan sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada PKR mengenai perkara itu," tegasnya.

Di samping itu katanya, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin jelas menyokong pergerakan subversif serta berniat menghuru-harakan negara dengan meracuni fikiran rakyat supaya turun menyertai demonstrasi jalanan tersebut.

Video PATRIOT Gegar Ibu Pejabat PKR

Monday 27 June 2011

SMS Ugutan Bunuh KJ, Pemuda Umno Kepung PKR


Sekitar 800 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan amaran menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.

Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.

Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 800 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”

Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.

Bagaimanapun Lokman memberitahu bahawa dia tidak mengugut PKR dengan kasar.

“Kami telah memberi arahan keras bukan nak bakar ibu pejabat mereka. Kami bukan macam mereka,” katanya.

Pemuda lancar Himpunan Patriot


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melancarkan Himpunan Patriot (Patriot) yang merupakan perhimpunan membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Patriot melambangkan satu kumpulan anak-anak muda yang cintakan tanah air dan sanggup menggadai apa sekalipun demi menyelamatkan tanah air daripada kumpulan perosak.

Menurut beliau, Patriot dianggotai seramai 10 ahli jawatankuasa yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim selaku pengerusi himpunan.

‘‘Kita akan turun dan tentang perhimpunan itu habis-habisan. Mereka pengkhianat, kita tahu niat mereka sebenar. Sebab itu, adakah kami anak-anak muda ini perlu tunggu lagi? Kalau kita tunggu kita juga akan jadi pengkhianat.

‘‘Kita yang akan turun pada 9 Julai itu bagi menjadi suara kumpulan majoriti senyap selain pemuda, wanita dan mewakili seluruh rakyat demi mendokong proses demokrasi dan hak rakyat sejak zaman merdeka,’’ katanya pada sidang akhbar Himpunan Patriot di sini, hari ini.

Reezal Merican yang juga Penyelaras Patriot seterusnya mempersoalkan kenapa Bersih tidak mahu mengadakan perhimpunan yang didakwa akan dilakukan secara aman itu di negeri-negeri yang diperintah pihak pembangkang.

Jelas beliau, ini terbukti bahawa Bersih bukanlah sebuah gerakan yang bersih sebaliknya ia bertopengkan pakatan pembangkang kerana Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah menyatakan bahawa jika pembangkang tidak menumbangkan kerajaan melalui pilihan raya, mereka akan memilih jalan raya.

Ditanya adakan Patriot memilih untuk mengadakan perhimpunan secara aman, ‘‘kalau aman yang Bersih berikan, maka natijahnya amanlah,’’ katanya sambil menunjukkan lambang dan warna Patriot merah kuning kepada wartawan.

Beliau juga berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi menyampaikan hasrat Patriot.

Sementara itu, Abdul Azeez memberi ingatan kepada Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga dan konco-konconya supaya jangan melakukan perhimpunan haram tersebut dan sekiranya masih berdegil, himpunan tersebut akan berhadapan dengan kumpulan majoriti senyap yang terbesar.

Beliau berkata, sekiranya kumpulan berkenaan mempunyai niat yang baik dan betul, mereka tidak perlu membawa sehingga 10,000 orang yang terdiri daripada kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) seperti yang mereka pernah lakukan pada tahun 2007.

‘‘Saya minta mereka pergi ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menghantar memorandum kepada pengerusinya, manakala di Istana Negara pula, hantar kepada pegawai istana, setakat empat, lima orang sudah memadai.

‘‘Justeru, saya merayu kepada pihak polis supaya jangan tunggu lagi, sudah lebih 1,000 laporan polis dibuat bagi membantah himpunan berkenaan, dah sampai waktunya tangkap sahaja mereka,’’ ujar beliau.

Sunday 26 June 2011

Himpunan Patriot Bagi Menentang Perhimpunan Haram 9 Julai Dilancarkan

Himpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan Ahad bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.

Pengerusi bersama himpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara 'majoriti senyap' yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan.

"Oleh itu kami berasa terpanggil untuk bagi tahu pada (penganjur) perhimpunan haram ini supaya hentikan niat mereka kalau mereka tidak mahu berdepan dengan apa jua yang akan dilakukan generasi muda yang dikatakan tadi 'majority senyap of rakyat Malaysia'," katanya dalam sidang media di sini.



Justeru, beliau meminta agar penganjur perhimpunan haram itu supaya memilih cara yang lebih profesional bagi menyampaikan apa yang dihajat dalam memorandum mereka.

"Kami minta kalau betul mereka nak sampaikan memorandum itu, tak payah bawa sehingga 10,000 orang, saya minta mereka hantar empat ke lima orang pergi ke pejabat Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Istana serahkan memorandum itu, kerana pihak istana dan SPR sedia menerima," katanya.

Sementara itu, ketua penyelaras himpunan Patriot, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penganjur perhimpunan haram itu sebenarnya mempunyai niat jahat di sebalik perkara-perkara yang dibawa mereka di dalam memorandum.

Friday 24 June 2011

Patriot - Malaysia Tanahairku


Semua rakyat Malaysia yang;

- Sayangkan negara dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara.

- Mengambil berat dan inginkan masa depan negara dan rakyat yang lebih baik

- Bersikap konstruktif, saling hormat menghormati dan mengutamakan permuafakatan dalam melaksanakan pembaharuan

- Menolak budaya politik jalanan dan hostile serta menyelar sebarang tindakan yang boleh menyebabkan ketidak selesaan terhadap rakyat dan mengakibatkan kekacauan melanda negara.

Kenapa? Matlamat?

Terdapat pihak yang sanggup melakukan dan mempolitikkan apa saja tanpa mengambil kira keamanan dan keamanan negara, keharmonian kaum dan agama, keselesaan rakyat, pendapatan pemandu teksi dan peniaga kecil, nama baik dan keyakinan terhadap ekonomi dalam negara demi mencapai maksud politik dan kumpulan yang sempit.

Patriot akan membantu negara dari segi memberi input yang baik bagi untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan usaha memaju dan memakmurkan negara dapat dilaksanakan oleh kerajaan, parti politik, NGO dan setiap rakyat Malaysia

Bagi tujuan 9 Julai 2011, matlamat utama Patriot adalah untuk;

Menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia yang sanggup melakukan apa saja demi untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran Negara

Membawa sebanyak mungkin suara rakyat Malaysia, terutama suara majoriti senyap agar pandangan dan kehendak mereka dapat dirasai oleh pemimpin dan rakyat negara ini

Bagaimana?

Menyampaikan pandangan majoriti senyap rakyat Malaysia kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak-pihak yang berkaitan tentang:

Sistem Pilihan Raya di negara ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya

Muslihat Bersih dan pendekatan jalanan mereka

Menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia agar suara mereka yang berkecuali dapat dirasai

Berusaha sebaik mungkin untuk memastikan keselesaan orang ramai tidak terganggu semasa himpunan ini

Berusaha untuk melindungi golongan-golongan seperti peniaga, pemilik gerai dan pemandu teksi agar mata perncarian mereka tidak terjejas dan harta benda mereka mengalami kemusnahan setiap kali demonstrasi jalanan berlaku.

PATRIOT vs BERSHIT 2.0 : Buku Bertemu Ruas?

PATRIOT – ” Malaysia Tanahairku” ataupun ‘kumpulan baju merah’ merupakan satu kumpulan yang perlu dilepasi oleh kumpulan BerSHIT 2.0 yang akan mengenakan baju, logo serta sticker berwarna kuning.

Malah mungkin Mat Sabu 121 Hotel Perdana bakal menempah khas kopiah berwarna kuning.

Mungkin sesetengah dari saudara pembaca terlintas akan peristiwa baju merah di Thailand pada awal Januari lalu. Di mana kumpulan pro Thaksin ini dikatakan berkampung dan membina kubu di tengah-tengah kota Bangkok serta bertindak menyimbah darah di hadapan kediaman Abhisit.

Bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abhisit supaya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Thai.

Ekoran tindakan provokasi melampau kumpulan baju merah ini pihak tentera Thai terpaksa menggunakan kekerasan bertujuan untuk menyuraikan mereka. Namun kumpulan ini bertindak menyerang balas dan akhirnya ramai nyawa yang terkorban dalam insiden itu, ekonomi kota Bangkok hampir lumpuh.

Kawasan yang sepatutnya selamat untuk orang ramai kunjungi bertukar menjadi lokasi yang digeruni oleh rakyat-rakyat Thai yang berkecuali. Para peniaga terpaksa menanggung kerugian ekoran kerosakan serta kemusnahan yang dicetuskan oleh kumpulan baju merah ke atas premis mereka.

Disebabkan tidak tahan dengan sikap serta provokasi melampau yang ditimbulkan oleh kumpulan baju merah, maka lahirlah kumpulan baju kuning yang pro kerajaan serta disokong oleh golongan-golongan elit Thai.

Kumpulan baju kuning ini juga bertindak mendesak kerajaan yang diterajui Abhisit supaya bertindak tegas terhadap kumpulan baju merah yang dilihat mencetuskan huru-hara dan menjejaskan imej negara gajah putih itu di mata dunia.

Itu ringkasan peristiwa yang berlaku di Thai awal Januari 2011 dan berlarutan sehingga berminggu-minggu atau tidak silap saya ianya berlarutan sehingga berbulan lamanya.

Adakah peristiwa begini bakal berlaku di negara yang kita cintai iaitu Malaysia? Saya berani katakan ada kemungkinan peristiwa begini boleh terjadi di tanahair kita sekiranya ada pihak yang ‘bermain wayang’ kononnya mereka ini merupakan sebuah badan bebas yang membawa suara ‘rakyat’.

Walaupun ada kajian yang dijalankan oleh sebuah akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa hampir 1 juta rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada kumpulan BerSHIT 2.0 ianya tidak boleh dilihat mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 27 juta orang.

Masih ramai lagi ‘suara senyap’ di luar sana yang tidak mempunyai kaitan dengan politik kepartian menolak perhimpunan ini kerana ianya dilihat akan menyusahkan dan menimbulkan kesulitan dan kerugian kepada mereka.

Ini berdasarkan pengalaman BerSHIT 1.0 di mana ramai para peniaga kecil serta tauke yang memiliki gedung-gedung yang besar sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India mengalami kerugian dalam jumlah yang besar gara-gara tindakan kumpulan ini. Ada juga yang mengalami kerosakan harta benda perniagaan mereka.

Secara jujurnya saya tidak menolak sebarang usaha yang cuba dibawa oleh pihak BerSHIT 2.0 jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan akan 8 perkara yang dituntut mereka.

Saya juga yakin kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai PATRIOT – “Malaysia Tanahairku” juga tidak mempunyai halangan jika perkara yang dituntut oleh BerSHIT 2.0 dilakukan melalui saluran yang betul.

Apa yang dimaksudkan melalui saluran yang betul ialah melalui perbincangan ataupun diadakan sessi dialog bersama pihak yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah saya dimaklumkan bahawa pihak SPR sudi bertemu dan berdialog bersama BerSHIT 2.0.

Jalanraya sepatutnya menjadi medan akhir jika pihak yang berkenaan iaitu SPR dilihat tidak membuka ruang untuk kumpulan ini bersuara. Tapi dalam kes ini SPR menyatakan kesudian dan kesediaan untuk bertemu dengan kumpulan BerSHIT 2.0.

Persoalan mudah yang perlu dijawab oleh Ambiga dan puak BerSHIT 2.0 kenapa jalanraya juga menjadi pilihan?

Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka hendak mengheret ‘rakyat’ untuk menjayakan agenda politik kepartian mereka.

Dalam bahasa ringkasnya “aku serang SPR, ‘rakyat’ akan salahkan kerajaan dan kerajaan sudah tentulah BN”. “Aku lawan arahan Polis sikit, Polis tangkap sudah tentulah ‘rakyat’ melihat ianya salah kerajaan, dan kerajaan Malaysia sudah tentulah BN”.

Sekali tembak dua kena…

Jadi 9 Julai 2011 jika anda menghargai keamanan dijemput untuk menyertai kumpulan perjalanan aman PATRIOT – “Malaysia Tanahairku”. Jangan kita biarkan satu kumpulan menganggu-gugat ketenteraman yang kita kecapi semata-mata demi kepentingan mereka.

Blogspot :http://yuseriyusoff.blogspot.com

Khairy bertegas tetap sertai perhimpunan bantah Bersih

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, beliau tetap akan menyertai perhimpunan bantahan ke atas demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini walaupun turut menyertai pasukan Lifeline4Gaza (LL4G), Ahad ini.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada kelancaran program itu berikutan ancaman Israel untuk melakukan apa sahaja bagi menghalang rancangan penghantaran flotila antarabangsa daripada tiba di Gaza.

Menurutnya, beliau dijadualkan pulang ke tanah air sebelum perhimpunan itu berlangsung dan akan terus menyertainya bersama rakan-rakan Pemuda UMNO yang lain untuk membantah perhimpunan haram Bersih.

“Namun sekiranya Israel menghalang misi flotila antarabangsa itu, pasukan kita mungkin akan ditahan untuk tempoh yang tidak diketahui sebagaimana yang mereka lakukan pada misi sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

PATRIOT Logo

More and more have change thier BBM, FB and Twitter Profile Picture to PATRIOT logo... Tq Malaysia!