Friday 24 June 2011

Khairy bertegas tetap sertai perhimpunan bantah Bersih

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, beliau tetap akan menyertai perhimpunan bantahan ke atas demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini walaupun turut menyertai pasukan Lifeline4Gaza (LL4G), Ahad ini.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada kelancaran program itu berikutan ancaman Israel untuk melakukan apa sahaja bagi menghalang rancangan penghantaran flotila antarabangsa daripada tiba di Gaza.

Menurutnya, beliau dijadualkan pulang ke tanah air sebelum perhimpunan itu berlangsung dan akan terus menyertainya bersama rakan-rakan Pemuda UMNO yang lain untuk membantah perhimpunan haram Bersih.

“Namun sekiranya Israel menghalang misi flotila antarabangsa itu, pasukan kita mungkin akan ditahan untuk tempoh yang tidak diketahui sebagaimana yang mereka lakukan pada misi sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment